Monday 10 March 2014

Undefined....

assalamualaikum...

semoga sahabat sihat selalu :)
masih ceria masih berkobar2 meneruskan kehidupan....

kali ini saya nak share,,hrm...bukan nak share...just nak..hrmmm...
berkenaan tajuk post kali ini...undefined....

sebenarnya sudah lama saya jumpa doctor...
dah banyak kali....
setiap kali pergi jumpa doctor,,,tu la jawapannya...
jawapan yg doctor sendiri tidak tahu....

saya cuba lawan,,
tapi secara jujur sy bukanlah insan terlalu kuat dengan dugaan semakin berat...
sy teringin nak share apa yg sy alami,apa yg "undefined" dkt seseorg yg bergelar shabat...
tapi,,bukan kerana segan tapi xapala,,,sy xnak sesape pun risau...
cukupla ALLAH ada...

kalau Doctor sendri xdpt detect dan masih undefined,,,
sy tahu hanya ALLAH sahaja yg tahu....

solat jgn tgl :')
igt umiabi selalu :')


Tuesday 3 December 2013

Secebis Nasihat.

assalam dan salam sayangku ucapkan,
kepada teman2 dan sahabat handai :)
semoga sentiasa dalam keadaan yang sehat2 dan steady :)

akhirnya!!!
dapat jugak saya cari masa untuk update blog yang dah berhabuk dah ni :)
Alhamdulillah tuhan kurniakanku ruang untuk manfaatkan waktu ini sebaik2nya :)
walaupun tersangatlah sebok dengan pelbagai jenis project dan bermacam2 ramuan ilmu yang xlengkap lagi untuk persediaan final exam ditambah dengan program2 yang tak setel lagi ,,
saya sentiasa menantikan waktu yang berguna ini untuk share bersama teman2 :)

In shaa allah kali ini saya bukan nak sembang panjang lebo la~
sekadar nasihat untuk kita yang terlalu sebok dengan hal dunia :)
juga teguran dan nasihat untuk diri sendiri juga atas dasar iman umpama roller coster,, kejap naik perlahan kejap menjunam laju..

Tanggungjawab kita ni,semakin kita dewasa semakinlah besar gedabak :)
apa yang penting tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH ni janganlah kita lupa :)
memang dunia seorang pelajar ni sangat mencabar...
dengan tido tak cukup,,
assignment,project bertimbun-timbun...ni belum project sarjana muda lagi ni..
silap mandi pun terlupa..hahaha :)

jagalah solat :)
yang teman2 lelaki kalau ada masa free,
jomla sama-sama kita penuhkan saf di rumah ALLAH :')

jagalah hubungan dengan ALLAH dan juga sesama manusia :)
kita mengharapkan orang berbaik dengan kita,,so kita yang kena start berbaik dengan semua :')
ALLAH sangat-sangat suka hamba-NYA ni muda2 lagi dah ambil berat pasal agama :')

bila kita berdoa,,harap sangat2 kita mendoakan juga kepada semua orang sekeliling kita :')
bila kita mendoakan orang lain dalam diam,,malaikat mendoakan untuk kita :')
jangan lupa doakan juga saudara2 kita di luar sana..
NEGARA ISLAM SEDANG BERGOLAK,,kita kat sini senang lenang lagi bergolek2 atas tilam.

oklah,cukupla kot setakat ini :)
masa sangat2 mencemburui kita semua :)
semoga kita semua dipermudahkan dalam perjuangan hidup ini perjuangan ilmu ini :)
semoga segala project2 program2 berjalan dengan lancar :')

ALLAH NAK TENGOK USAHA KITA, BUKAN KEJAYAAN KITA :')

solat jangan tinggal :)
ingat umiabi selalu :')

Friday 9 August 2013

Permulaan Syawal ~

Seperti biasa dua jejaka kampung bangun untuk subuh berjemaah di surau~
Se'usai solat berjemaah adat kampung sini bawa sedikit juadah dari rumah memasing untuk jamah bersama :)
Memasing punya lauk perrghh,,standard kampungla...superbb :')
ohhh!!~ tak boleh~ Guar tak leh mkn banyak sangat.sedang berdiet..heee..CEH!

Kebiasaan umat Melayu baju-baju raya semua dah siap sebelum menjelang Syawal.
Ramadhan belum bermula pun peh peh peh~~dah siap dua tiga helai lagi~~
Guar seperti biasalah, segala persiapan xpernah ada~
kejap lagi nak solat aidilfitri barulah nak bukak almari cari baju melayu nyer~
Belek punya belek,hah!! Baju Melayu darjah 6 Guar masih berseri2 malah masih ngam dgn umor 20 tahun ni~haha~guar memang bersaiz HULK suatu ketika dahulu.
So, Guar buat keputusan untuk menyarungkan Baju Melayu LEGEND ini bersama samping bapak Guar :')

Selesai mandi sunat aidilfitri,dua jejaka separuh tampan separuh kacak seperti pendekar guar cakap luhh BUKAK LANGKAH berjalan kaki ke surau berdekatan yang sentiasa dipenuhi ATOK-ATOK LEGEND.
Time jalan kaki guar dah start rasa lain macam~~
Dengan hujan renyai2 angin sepoi2 dwibahasa Guar bakal rasakan mood sad bakal bertandang~
Jujur Guar cakap,1 Syawal merupakan hari yang paling Guar xsuka~
Guar xcakap Guar benci sebab 1 Syawal ni kan hari kemenangan untuk umat Islam setelah mengharungi satu bulan berpuasa & berlawan dengan nafsu.

Setiap tahun asyik lepak saf-saf belakang jer,so bila semakin beso ni adalah sedikit ilmu2 & peringatan2 untuk diri sendiri yang membuat kan Guar try-try duduk di saf hadapan.~
Kedudukan saf kedua betul-betul dibelakang imam dan bilal,mungkin kedudukan yang sangat strategik untuk fokus setiap kumat-kamik khatib berkhutbah :')

Guar dapatkan rasa lain macam pagi tuh.~Guar tengok sekeliling baru Guar perasan atokabah masih tiada~.Biasanya AtokAbah datang awal dan saf pertamalah tempat AtokAbah ber'IKTIKAF.~
Kebiasaan the ATOK-ATOK LEGEND akan laungkan takbir raya.Guar tahu dan sudah lama Guar perasan,,mungkin AtokAbah nak elakkan laungkan takbir raya sebab tahun-tahun sebelum ini AtokAbah xdpt nak laungkan sampai abes,,tangisan air mata dah banjir dah membasahi seluruh muka AtokAbah.~~
Inilah adegan yang membuatkan Guar dah xleh tahan dah ni.Nak nges dah ni~~fuhh~~

Seperti biasalah sebelum solat aidilfitri, salah seorang the ATOK-ATOK LEGEND iaitu Hj yaakob selaku BILAL akan menerangkan sedikit rukun solat sunat aidilfitri~setahun sekali kan,,faham-faham jela.Kita2 ni bukan leh ingat dah rukunnya :) hari ni study SOLID+STATIK+DYNAMIC pun esok belum tentu ingat lagi.ini kan pula yang setahun sekali.hahah :D
Tapi kali ini,,sejak kecik sampai hampir tua dah aku ni BILAL ni tak dapat nak terangkan rukun2 solat sunat aidilfitri,mop air mata tanpa henti BILAL ni.Dah la BILAL dok betul-betul depan GUAR ni~~ahhhh!!~~hampir2 hilang Kejantanan GUAR sebantar tadi.fuhhhh~~

Itulah yang Guar tak suka pasal 1 Syawal ni.Walaupun Guar tak tahu segala pengalaman atok,tapi cukuplah melihat tangisan atok tu~~~fuhhh~~~kali ni mmg kejantanan Guar dah lari..segala mender dah meleleh dah ni~~
Mungkin tangisan itu menandakan mereka gembira, kejayaan dijulang setelah sebulan berjuang~
Mungkin juga tangisan itu menandakan dalam gembira mereka ada duka~
Apa yang minda aku berbisik,mungkin mereka risau tidak berjumpa lagi RAMADHAN hadapan~
Aku yang konon-konon muda ni pun belum tentu berjumpa juga~
Bila-bila masa saja kita boleh pergi~Kita jer ni ha ready tak ready.malaikat bukan kesah pun umo kita,dpt jer arahan dari-NYA,terus dicabutnya :/

Raya ni takkan meriah tanpa mercun yang merupakan bakal menjadi senyum tawa ataupun duka lara bagi kanak-kanak diluar sana.Aku juga suka main mercun tapi demi cintaku terhadapnya,,ku gagahkan diri meninggalkannya~sejak form 4 guar dah xmain hanya kerana satu insiden dimalam raya dimana Guar ingin main mercun bersama sepupu yang lain.Orang yang paling kuat yang mengecam aktiviti kami bermain mercun tak lain tak bukan~~nenek Guar~~mesti kena marah punyela setiap kali kitorang nak main.kitorang buat DErrkkk jer.Malam raya seperti biasalah ingin melakukan aktiviti haram kat kampung ni :D
Dalam perjalanan ke kawasan strategik bermain mercun iaitu didepan rumah atok, Guar ternampak kelibat nenek tersorok-sorok melihat cucu-cucunya bermain mercun sambil lap mengalir air mata..ahhhhh~~hilang lagi kejantanan Guar.kali ni Guar jujur Guar kalah~
Lepas tuh guar dah amek port pasal mercun.Kalo ada orang main pun guar tengok jela buat muka toyerrr :D

Pengalaman manusia semua berbeza~~
tapi dari situlah mampu mengalirnya air mata~
niat manusia jangan kita duga walau siapa pun dia~
kerana yang benar-benarnya mengetahui hanyalah DIA ~

Masih sempat untukku ucapkan salam syawal~
semoga kita mulakan hidup baru~
solat jangan tinggal~
ingat umiabi selalu ~

:')


Sunday 10 March 2013

Sanah Helwah Abuya :')

Assalam semua pembaca~~
apa khabar semua ?? ~~
Moga sentiasa sehat belaka :)
Moga kita sentiasa mendapat rahmat-NYA ~~

Entry simple kali ini khas ku tujukan untuk insan yang selalu ku sebut 'ABIYA'~~

Seorang anak yang tidak pernah menyusahkan umiabinya~~
Seorang sahabat yang kamceng bagai isi dgn kuku~~
Seorang ayah yang prihatin tentang anak-anaknya~~
Seorang suami yang ala2 romantik gitu~~
hehhe~~
abiya bersama angkasawan negara~

Genap 52 tahun engkau bernyawa~~
Menabur bakti dan tugas tanpa putus asa~~
Melayan kerenah anak-2 yg pelik2 belaka~~
Gagah ku berkata engkau idolaku kurniaan ilahi selamanya~~~


Jap2,,saya nak nyanyi sket~~~

Kaulah satu satunya~
Di antara berjuta~
Insan teristimewa~
Patah tak tumbuh lagi~
Hilang belum berganti~
Kerana kau tersendiri~
Kau kebanggaan kita~
Kau pahlawan keluarga~
Engkau... Abiya :')


rajin ni~~hehhe*wink2*

Walaupun abiyaku bukan ustaz,,~~
tapi hari2 saya nmpk beliau baca Quran serta maksud lepas subuh~~
walaupun hari-hari kita sama2 kena marah dgn UMI sebab salah tajwid~~
tapi adillah,,sama2 kita kena marah~~hahhaXD
LOV yo~~~




solat jgn tgl~~
igt umiabi selalu~~
:')


Thursday 21 February 2013

Al-Quran pelindung AKHIRAT~~

BISMILLAH~~

ASSALAM sahabat2ku sekalian~~
SALAM JUMAAT semua~
kabare??
sehat??
ALHAMDULILLAH :')

Setelah sekian lama ku tidak berblog~~
Jiwa ku semakin mantap merindui sahabat2ku diperjauhan~
Adek2ku suka lahap coolblog~~
Hearty ku semakin mantap mencintai erti sebuah persahabatan~~

hihhi~~
Bermadah pujangga plak aku ni~
dah lama dah saya tidak sembang2 kt sini~~
banyak sebenarnya saya nak kongsi bersama sahabat2 semua~
tapi baru berkesempatan~
in sha allah~~

ok,,b4 pergi solat jumaat ni,,saya nak share satu perkara lah~~
hanya lebih kpd nasihat ringan2 :')
harap dpt dimanfaatkan bersama~
in sha allah~~

Al-QURAN~~
Kalam ALLAH~~
Sebuah buku panduan manual untuk semua manusia didunia ini~~
satu hari berapa kali kita baca??
berapa m/s kita baca??
adakah kita faham makna ayatnya??

JANGAN RISAU~~
kita baca lah ikut kemampuan kita,,
dgn membaca AL-QURAN tanpa faham makna pun ia mampu membersihkan HEARTY kita~~
sayang x ALLAh kat kita :')

terlalu banyak manfaatnya bila membacanya~~
hearty yg bangsat*maaf kata2 terlalu kaso* bole menjadi lembut :')
SAIDINA OMAR ra sendiri seorang yg tegas tegap garang pun lembut heartynya bila mendengar kalimah2 ALLAH lalu KALIMAH SYAHADAH dilafazkan~~
bermulalah ISLAM secara terbuka~~
:')

saya juga manusia biasa,,
kadang2 baca kadang2 terlupa baca~~
tpi selagi ada kesempatan,,kita cuba manfaatkannya bersama AL-QURAN
satu m/s sekali pun sokay,, ALLAH MAHA PENYANYANG :')

saya ada sebuah famili,~
setiap kali lepas magrib berjemaah AL-QURAN bersama kami hayati~
ckpla sorang baca satu m/s sekali~~
in sha allah bahagia kami miliki ~~

bacalah al-quran wlupun 1 m/s
umiabi ku bukanlah ustaz&ustazah~~
tpi mereka ikhlas membimbing kami menjadi lebih berguna~~
kami malas mereka tetap KERAH~
supaya kami sedar dunia ini hanyalah sementara~~


Al-Quran sebagai panduan manual hidop :')


wahai sahabat,,
ALLAH NAK TENGOK USAHA KITA BUKAN KEJAYAAN KITA~~

jom sama2 join saya di kolej tun fatimah lepas solat isyak kita tadarus nak:')

solat jgn tgl~~~
igt umiabi selalu~~
:')

yang merindui sahabat2,,

           IRAME

Thursday 17 January 2013

LAHIRku QADAR-MU

Assalam sahabat~~
wassup geng semua~~
segan aku nak ckp wahai sahabat~~
aku sentiasa rindu korang semua~~
:')

Berbulan-bulan aku membeku~~
Cukup lama aku membisu~~
Membuatkan aku hampir lesu~~
Untukku publish post baru~~

cukuplah aku zahirkan batin rindu~~
bermulalah untuk fokus apa yang ada difikiranku~~
hahha*tiba2 tergelak sorang2*


Ok2,,kali ini aku nak fokuskan pasal hari lahir~~
Bukan aku untuk fokuskan fakta-fakta tentang kelahiran,,tetapi lebih kepada cara kita 'celebrate'nya~~
yurp..setiap manusia ada waktu kelahiran masing-masing dan cara ceebrate pun ada style yang tersendiri kan??^^

Bagaimana anda celebrate birthday korang??
bersama sahabat??~~
bersama keluarga??~~
kena baling telor busuk dgn member2??
buat party dgn family n member??
ddk dimeja dihiasi lilin-lilin romantis bersama insan teman yg dirancang untuk mati bersama??

yurp...semua itu sweet^^

Tapi...,,,

pernah x kita2 fikir untuk celebrate bersama MAHA SANG PENCIPTA CINTA??
Pernah x kita lafazkan kalimah CINTA itu pada yang ber-HAK???

Pernah xkita tgu hadiah istimewa sempena harijadi kita drpd member2 drpd family drpd insan terpaling amat sayang tu??

TAPI,,

pernah x kita yang bagi hadiah sempena harijadi kita ni untuk yg MAHA-berhak??

hehhe~~
ampun maaf dan silap kerana terlalu banyak aku memberikan persoalan~~
setiap persoalan ada jawapan~~
setiap jawapan ada penyelesaiannya~~
setiap penyelesaian ada hasilnya~~
:')



Dgn kesempatan yg dimilik,,
Aku nak ucapkan selamat hari lahir untuk sahabat-sahabat aku yang sama hari lahir dgn aku~~
Semoga mendapat hasanat ilahi dunia akhirat~~
06 Rabiulawal 1434~~
Tarikh keramat untuk kita:')

Bila memikirkan setiap hari lahir aku yg tiba,,~~
Sebenarnya aku segan~~
iman masih tidak kukuh~~
ilmu masih belum penuh~~
harapan masih berlagu-lagu~~
kejayaan masa depanku masih belum tentu~~
hrm~~~


solat jgn tgl~~
igt umiabi selalu:')


yang sayang korang,,

    IRAME

Tuesday 18 September 2012

sedekahlah walaupun sedikit~~

tika ini,
ada yang mengelamun mengadu mengeluh,
dek kerana assignment yang menggunung~~

tika ini,
diri yang hina ini mengelap peluh,
tersenyum sambil meneruskan karya dalam blog~~

chewah~~~

Assalam sahabat~~
kabare^^
orang tengah sebok2 siapkan assignment,,aku waklek wakpis menaip kt blog ni kan~~
hehhe~~
sebenarnya ada satu perkara aku nak share untuk semua sahabat2:)
aku harap ianya bermakna dan bahagia kepada sesiapa yg mengamalkannya:')

sedekah 10sen pon ALLAH hisab:')


SEDEKAH~~
yurp,~~
ini lah tajuk yang aku ingin highligh kan kt sini^^
bagi muslim pasti semua yakin dan percaya bila kita bersedekah,,kita mengharapkn balasan dari ilahi~~
betul x??:')

aku tidak perlu join skim cepat kaya,,
aku tidak perlu join bisnes BIZZ,,affiliate lah~~
memerlukan modal rm blabla untuk menjadi untung beso~~

cukuplah smgu skali kita sedekah seringgit kt masjid,,ALLAH akan balas beribu2 kali ganda mengikut kerelaan-NYA~~~

cukuplah kita senyum kat org sekeliling menggantikan ucapan salam dibibir kita akan dibalas senyum bertambah sengih~~
hhee^^

cukuplah kita share ilmu yg terperap didada kepada sahabat2 sekeliling,,sahabat akan ucapkan terima kasih kt kita disertakan doa untuk kita,,ALLAH pula akan bukakan hati kita,,lapang dada kita,,cerdaskan minda kita untuk melimpah2kan lagi ilmu untuk kita milik~~

sedekahlah dengan cara terang2an mahupun sorok2~~
ALLAH akan terima asalkan hati ini ikhlas lillahitaala~~

jom bersedekah:)

aku mungkin xlayak nk ckp byk2 pasal ni~~
sebab aku hanyalah manusia biasa~~
masih tidak layak menjadi imam,,takat bersih2kan bilik2 air kat masjid bolelah~~
tapi berdasarkan pengalaman hidup yg dimiliki,,berlandaskan nikmat yg diberi,,~~
CUKUPlah aku share stakat mana yg mampu berdasarkan PELANGI hidop ini~~
 dan JANJI TUHAN ITU PASTI~~

kalau xpercaya,,cubalah bwat derma kt masjid tuh rm1 semgu:')

wahai sahabat,,
solat jgn tinggal~~
igt umiabi selalu~~