Friday 9 August 2013

Permulaan Syawal ~

Seperti biasa dua jejaka kampung bangun untuk subuh berjemaah di surau~
Se'usai solat berjemaah adat kampung sini bawa sedikit juadah dari rumah memasing untuk jamah bersama :)
Memasing punya lauk perrghh,,standard kampungla...superbb :')
ohhh!!~ tak boleh~ Guar tak leh mkn banyak sangat.sedang berdiet..heee..CEH!

Kebiasaan umat Melayu baju-baju raya semua dah siap sebelum menjelang Syawal.
Ramadhan belum bermula pun peh peh peh~~dah siap dua tiga helai lagi~~
Guar seperti biasalah, segala persiapan xpernah ada~
kejap lagi nak solat aidilfitri barulah nak bukak almari cari baju melayu nyer~
Belek punya belek,hah!! Baju Melayu darjah 6 Guar masih berseri2 malah masih ngam dgn umor 20 tahun ni~haha~guar memang bersaiz HULK suatu ketika dahulu.
So, Guar buat keputusan untuk menyarungkan Baju Melayu LEGEND ini bersama samping bapak Guar :')

Selesai mandi sunat aidilfitri,dua jejaka separuh tampan separuh kacak seperti pendekar guar cakap luhh BUKAK LANGKAH berjalan kaki ke surau berdekatan yang sentiasa dipenuhi ATOK-ATOK LEGEND.
Time jalan kaki guar dah start rasa lain macam~~
Dengan hujan renyai2 angin sepoi2 dwibahasa Guar bakal rasakan mood sad bakal bertandang~
Jujur Guar cakap,1 Syawal merupakan hari yang paling Guar xsuka~
Guar xcakap Guar benci sebab 1 Syawal ni kan hari kemenangan untuk umat Islam setelah mengharungi satu bulan berpuasa & berlawan dengan nafsu.

Setiap tahun asyik lepak saf-saf belakang jer,so bila semakin beso ni adalah sedikit ilmu2 & peringatan2 untuk diri sendiri yang membuat kan Guar try-try duduk di saf hadapan.~
Kedudukan saf kedua betul-betul dibelakang imam dan bilal,mungkin kedudukan yang sangat strategik untuk fokus setiap kumat-kamik khatib berkhutbah :')

Guar dapatkan rasa lain macam pagi tuh.~Guar tengok sekeliling baru Guar perasan atokabah masih tiada~.Biasanya AtokAbah datang awal dan saf pertamalah tempat AtokAbah ber'IKTIKAF.~
Kebiasaan the ATOK-ATOK LEGEND akan laungkan takbir raya.Guar tahu dan sudah lama Guar perasan,,mungkin AtokAbah nak elakkan laungkan takbir raya sebab tahun-tahun sebelum ini AtokAbah xdpt nak laungkan sampai abes,,tangisan air mata dah banjir dah membasahi seluruh muka AtokAbah.~~
Inilah adegan yang membuatkan Guar dah xleh tahan dah ni.Nak nges dah ni~~fuhh~~

Seperti biasalah sebelum solat aidilfitri, salah seorang the ATOK-ATOK LEGEND iaitu Hj yaakob selaku BILAL akan menerangkan sedikit rukun solat sunat aidilfitri~setahun sekali kan,,faham-faham jela.Kita2 ni bukan leh ingat dah rukunnya :) hari ni study SOLID+STATIK+DYNAMIC pun esok belum tentu ingat lagi.ini kan pula yang setahun sekali.hahah :D
Tapi kali ini,,sejak kecik sampai hampir tua dah aku ni BILAL ni tak dapat nak terangkan rukun2 solat sunat aidilfitri,mop air mata tanpa henti BILAL ni.Dah la BILAL dok betul-betul depan GUAR ni~~ahhhh!!~~hampir2 hilang Kejantanan GUAR sebantar tadi.fuhhhh~~

Itulah yang Guar tak suka pasal 1 Syawal ni.Walaupun Guar tak tahu segala pengalaman atok,tapi cukuplah melihat tangisan atok tu~~~fuhhh~~~kali ni mmg kejantanan Guar dah lari..segala mender dah meleleh dah ni~~
Mungkin tangisan itu menandakan mereka gembira, kejayaan dijulang setelah sebulan berjuang~
Mungkin juga tangisan itu menandakan dalam gembira mereka ada duka~
Apa yang minda aku berbisik,mungkin mereka risau tidak berjumpa lagi RAMADHAN hadapan~
Aku yang konon-konon muda ni pun belum tentu berjumpa juga~
Bila-bila masa saja kita boleh pergi~Kita jer ni ha ready tak ready.malaikat bukan kesah pun umo kita,dpt jer arahan dari-NYA,terus dicabutnya :/

Raya ni takkan meriah tanpa mercun yang merupakan bakal menjadi senyum tawa ataupun duka lara bagi kanak-kanak diluar sana.Aku juga suka main mercun tapi demi cintaku terhadapnya,,ku gagahkan diri meninggalkannya~sejak form 4 guar dah xmain hanya kerana satu insiden dimalam raya dimana Guar ingin main mercun bersama sepupu yang lain.Orang yang paling kuat yang mengecam aktiviti kami bermain mercun tak lain tak bukan~~nenek Guar~~mesti kena marah punyela setiap kali kitorang nak main.kitorang buat DErrkkk jer.Malam raya seperti biasalah ingin melakukan aktiviti haram kat kampung ni :D
Dalam perjalanan ke kawasan strategik bermain mercun iaitu didepan rumah atok, Guar ternampak kelibat nenek tersorok-sorok melihat cucu-cucunya bermain mercun sambil lap mengalir air mata..ahhhhh~~hilang lagi kejantanan Guar.kali ni Guar jujur Guar kalah~
Lepas tuh guar dah amek port pasal mercun.Kalo ada orang main pun guar tengok jela buat muka toyerrr :D

Pengalaman manusia semua berbeza~~
tapi dari situlah mampu mengalirnya air mata~
niat manusia jangan kita duga walau siapa pun dia~
kerana yang benar-benarnya mengetahui hanyalah DIA ~

Masih sempat untukku ucapkan salam syawal~
semoga kita mulakan hidup baru~
solat jangan tinggal~
ingat umiabi selalu ~

:')